Salam...
Ini menu berbuka pada 4 ramadhan lalu..
Oleh kerana aku penat membuat kerepek bawang...
Jadi suruh along yang membuatnya...of kos dengan arahan aku..kalu harapkan dia resepi depan mata pun tak jadi lagi..
Kalu tak disuruh buat, haram nak jejak kaki ke dapur, anak dara sorang ni...risau jer...aku lu baya dia macam-macam dah boleh masak...
Kali ini bila di suruh tak banyak bunyi lak...
mungkin tengok muka mak yang dah layu, kuyu semacam..
(ada baiknya gak ya...tapi ya Allah, hari ini memang penat banget.. tu pun sib baik si angah yg tolong siapkan)
Menu ini aku dapat dari Azie kitchen. Kat blog dia ni ada macam-macam koleksi nasi ayam.
NASI AYAM PALING SEDAP
sumber : Azie kitchen.
Lauk Ayam .
1 ekor ayam bulat diperap bersama halia + Bawang Merah + Bawang putih yang telah diblend. Perap selama >< 1/2 jam. (tapi aku perap berjam gak la, wat pagi , petang baru masak)
Sos Perap
3 sdb Sos Tiram
3 sdb kicap cair
5 Sdb kicap manis
3 sdb Madu
Kicap bijan - aku tak guna
Cara : Didih air dalam periuk dan masukkan ayam tadi, perlahankan api, masak hingga ayam separuh masak. Angkat dan sapu dengan bahan sos perap. Gantung >< 1jam hingga kering lah. Kemudian goreng secara deep fry. Setelah masak, keluarkan dan gantung lagi untuk tos minyak. (Nak cepat ayam tu belah dua)
Nasi Ayam.
Mentega, lemak ayam, minyak masak
Bawang Putih, Bawang merah, halia - dihiris/blend
Daun pandan, daun bay
Susu full cream (aku tak guna), serbuk ayam (x guna)
gula dan garam secukup rasa
4 sekawan.
Cara : Basuh beras macam biasa an letak dalam rice cooker.
Dalam kuali, masukkan mentega ( aku campur sedikit myk masak) tumis 4 sekawan bersama bawang-halia hiris dan masukkan sekali lemak ayam tadi. Masukkan juga daun pandan dan daun bay. Tumis hingga naik bau. Setelah naik bau masukkan air rebusan ayam awal tadi, garam secukup rasa (kalau guna susu masukkan sekarang) biar mendidih tutup api dan tuang kedalam rice cooker yang mengandungi beras dah basuh tadi. masak macam biasa. Kalau air stok tak cukup, boleh tambah dengan air biasa.
![]() | ||
Ini lah rupa ayam yang sudah diperap bersama sos perap. Dan seriously, ayam ni memang sedap. |
Oleh sbb sedap sgt, jadi tak sempat nak snap gambar full set nasi ayam ni.(lagipun masak sikit jer, ingat dorang tak mo makan nasi ayam). Yang ada seperti gmbar diatas jer lah.
Oh lupa rasanya resepi asal dia tak bagi respi sos kicap, sup dan sambalnya, jadi aku wat seperti berikut:
Sos kicap : Baki bahan perapan ayam tadi ditambah dengan stok rebusan ayam, masak hingga mendidih dan agak pekat.
Cili sos : Blend cili hidup bersama 2/3 biji cili api, dan bawang putih. Campur ><3 sdb sos cili, 1 cmb gula, garam secukup rasa, dan stok rebusan ayam. Didihkan dengan api perlahan hingg menjadi sedikit likat.
Sup : Baki stok ayam tadi didihkan kembali, campur seketul kiub pati ayam. Bila dah didih, tutup api dan taburkan dengan bwg goreng dan daun sup/bawang.