Friday, 6 September 2013

Roti goreng

Selamat pagi semua....

Roti goreng sardin/sosej


Wah,Wah,Wah...apa mimpi kak dah bersiaran pepagi ni?!
Pagi ni mood kakdah baik, jadi kakdah masakkan untuk rakyat pagi ni roti goreng.
Alah roti goreng jer.? ingatkan mood baik dapatlah makan, makanan yang lazat dan special.
Eh!, hello....nasib baik kakdah nak juga masakkan breakfast, kalu kakdah layan novel jer, mau korang menangis kelaparan...nak macam tu?...Haa .jadi jangan banyak cakap.

Sebab kakdah buat light breakfast jer pagi ni ialah, kang tengahari nak pegi open house, pas tu nak g kenduri lak, pas tu nak g open house lagi dan malam kang nak g majlis ta'alim yang dihujungnya pasti ada makan2 lagi. So moralnya, pas breakfast ni dapur tutup untuk hari ini.

Meh kita che kit out (check it out) dia punya resepi. Alah sempoi jer. Seperti biasa myresepi menjadi rujukan. Resepi kali ini dapat dari otai Kak Besah. Bestnya resepi ini, memang tak serap minyak banyak, dan tepung yang ranggup. Maklum resepi dari orang yang berpengalaman.

Sumber : Myresepi
resepi : Kakbesah
Olahan : Kakdah

Roti Goreng Sardin kakbesah (xserap minyk)

Bahan-bahan ( 25 ketul )

  • SAMBAL SARDIN;
  • 20 tangkai cili kering - buang biji
  • 2 biji bawang besar- 1 diblend, 1 lg dipotong dadu
  • 5 ulas bawang putih & 2 cm halia muda
  • 1 tin sardin/tuna (425g)
  • 1 sudu teh pes asam jawa/2sd mkn air asamjawa
  • 1 bungkus besar/jumbo - roti potong
  • ADUNAN BATTER/CELOP;
  • 2 cwn (cwn kopi) tepung gandum
  • 1 cwn tepung beras
  • sebiji telur gred B (smua gred pn okeh)
  • 1 sudu teh garam & 1/2 sd teh srbuk kunyit utk warna
  • lebihkurang 1 2/3 cwn air 
  • minyak utk goreng terendam

Cara-cara

  1. blend cili, bwg putih & sebiji bawang besar. pastu panaskn 1 senduk minyak lalu ditumis hingga pecah minyak & garing.
  2. masukkan sos sardin tu, masak hingga likat. baru masukkan ikan sardin & bawang besar dadu. hancur2kan ikan hingga sebati bersama sambal. seimbangkan asam garamnya. bubuh sedikit gula. tambah kiub/ pati ikn bilis jika sambal sardin ada skit kureng dia punyer taste... 
  3.  msk hingga kering, kemudian angkat.
  4. campur sebati bhn2 utk batter bersama air hingga jadi sperti batter goreng pisang. jgn cair sangat..nnti kuih nmpk cenonit plak..
  5. panaskn minyak utk deep fry, pastu gelek roti bagi lembut. jgn la smpe pipih cm kertas yer..  
  6. letak sambal sardin atas roti, ikut suka lah nk boh banyak mana, kalo murahati boh banyak, kalo 'kede' boh skit.. xde sape nk argue, bak kate bdk2 skrang;"kite pnyer kuih kite pnyer ske la.. ade aku kesah?(ish,ish, sngguh kurang sopan..) sterusnyer gulunglah dgn kemas. tindih lah roti yg dh siap digulung tu dgn bnda ringan, jgn tndih ngn batu lesung..! hehe 
  7. then, celup roti dlm batter sampai rata, lalu masukkan dlm minyak pns. goreng hingga kuning keemasan. x perlu lama, bila batter dh garing & rangup, cukup.. 
  8. siap... bleh lah dibuat bekal ank2 ke skolah atau bekalan mengikuti rombongan cek Kiah ke Nilai3 utk cari baju Raye n kain langsir...hehe..

Kakdah wat dua versi untuk hari ini, ie sardin dan sosej. Sardin untuk abah, sosej untuk amat. Yang lagi dua orang korang pilihlah mana nak.

Sardin..untuk abah

Sosej untuk amat



Jemput makan semua....

Thursday, 5 September 2013

Rendang Ayam

Photo




Hari ini teringin nak makan rendang..tapi kalu masak rendang daging lama pulak...tahap kemalasan mula menaik, jadi aku pun tukar dari daging ke ayam.

Kali ini aku dapat resepi dari SINI. Seperti biasa resepi yang kak Azie bagi memang tip top lah.

Tak payahlah layan citer bebanyak. Meh kita tengok resepinya;

Rendang Haji Mahmud Kuala Lipis
Sumber: Buku Masakan Air Tangan - Tengku Puan Pahang
Sumber : Azie Kitchen
Olahan : Kak Dah
Bahan bahan
1 kg daging (saya guna ayam sebab malas tunggu lelama)
2 serai - titik
30g asam jawa - bancuh dengan 1/4 cawan air panas ( saya guna 1 sudu besar pes asam jawa adabi)
2.5 cawan santan
2.5 cawan minyak masak
Garam dan gula

Hiris:
100g bawang merah/10 ulas
10g bawang putih/3 ulas

Kisar berasingan:
200g bawang merah/20 ulas
70g lada kering/80 biji/1 mangkuk cili kisar (boleh kurangkan, jika tak mahu pedas)
150g halia (cuma guna segenggam)
7g kunyit hidup /1 inci
10g lengkuas/2 ibu jari
15g buah keras/5 biji

Siat siat:
1 helai daun kunyit
2 helai daun limau purut

Cara cara:
Daging dipotong dadu sebesar 2 cm x 4 cm mengikut urat.
Panaskan minyak masak dan tumis bawang putih dan bawang merah hiris sehingga garing dan wangi.
Masukkan lada kering dan tumis sehingga naik bau dan pecah minyak.
Masukkan halia, bawang merah, lengkuas dan kunyit yang dikisar dan tumis sehingga naik bau. (Saya tak kisar secara berasingan kerana nak menjimatkan masa)
Masukkan daun kunyit, daun limau purut dan serai. 

Masukkan buah keras yang ditumbuk bersama garam dan gula secukup rasa. Kacau sehingga naik baunya.
Masukkan daging dan kacau sehingga sebati. Apabila daging keluar air dan nampak pejal, masukkan air asam jawa. (Saya rebus dulu daging menggunakan pressure cooker bagi menjimatkan masa).
Masukkan santan. Sentiasa kacau dan masak sehingga kering, lebih kurang 2 jam.
Boleh lah dihidangkan dengan nasi putih panas panas, lemang atau pulut kuning. 
Photo
Nampak macam berminyak kan? Saya  masak hingga kering dan guna santan yang banyak.

Nasi Beriani Pakistan

Photo


Selama ini tak pernah pun masak nasi beriani bagai. Bese masak nasi tomato atau nasi ayam sahaja. Jadi sempena ramadhan lalu, saya pun mengogglelah, 3 hari 3 malam beb semata-mata nak mencari resepi nasi beriani yang sedap dan paling penting, tak renyah, tak banyak bahan yang mengarut hingga sukar nak mencari dan banyak feedback respond mengatakan mereka dah cuba dan ianya sedap.

Setelah gigih usaha meggoggle akhirnya saya sampai ke SINI. Kat sini resepi yang dibagi memang tip top dan puas hati...

Photo                          
Mari kita tengok resepi :

Nasi Beriani Pakistan
Sumber : Azie Kitchen
Olahan : Kak Dah.


Bahan bahan:
5 cawan beras basmathi (rendam & tos)
1 kg ayam, daging atau kambing (dg tulang, lagi sedap)
4 kuntum bunga lawang
2 inci kayu manis
8 buah pelaga
10 bunga cengkih
1 sb serbuk ketumbar
1 sb serbuk jintan manis
1 sb serbuk jintan putih
1 sk serbuk kunyit

3 bawang besar – potong dadu
5-6 buah tomato masak saiz besar – potong dadu (lagi banyak lagi sedap)
2 labu bawang putih – tumbuk
3 inci halia – tumbuk
1 ½ cawan yoghurt
2 bay leave
Minyak olive
4 biji telur – rebus, kupas & kelar
4 biji kentang kecil – kupas rebus  
½ cawan susu (optional)
Saffron & pewarna kuning


Hiasan
Bawang goreng
Daun ketumbar – hiris
4 biji cili hidup hijau - potong 1 inci 
Daun mint
Badam & kismis, jika suka


Penyediaan Ayam:
Perap ayam dengan garam, separuh dari bawang putih dan halia yang dikisar serta serbuk kunyit, serbuk ketumbar, serbuk jintan putih dan jintan manis selama 1 jam.
 Panaskan minyak, tumis rempah menumis, baki bawang putih dan halia kisar serta bawang besar sehingga naik bau. Saya masukkan juga daun pandan sebab suka wangian nya.

Masukkan ayam yang diperap dan kacau sehingga rata. Masukkan air sedikit sahaja jika menggunakan ayam tapi jika daging, air agak agak tenggelam daging supaya daging empuk. 

Satukan yoghurt dan buah tomato dan tuangkan ke dalam kuali, masak lagi sambil dikacau rata hingga naik minyak.  Jangan sampai terlalu kering. Biar berkuah sedikit. Akhir sekali masukkan bay leave, garam dan gula. Sesuaikan rasa.

Tutup kuali dengan penutup dan masak menggunakan api perlahan sebelum ditutup api.

 Penyediaan Nasi:
Basuh beras, rendam selama 20 minit dan ditos. Di dalam periuk berasingan, masukkan air, sedikit minyak, buah pelaga, cengkih, bay leave dan sedikit garam. Masak sehingga air mendidih.
 

Masukkan beras dan masak sehingga nasi hampir masak tetapi tidak 100% masak.

Tutup api dan tos lebihan air nasi di dalam bekas penapis sehingga kering.

Penyediaan Beriani:
Di dalam periuk lain, letak lapisan pertama iaitu nasi. Sudukan susu secara random ke atas nasi. Titiskan pewarna kuning atau  ayakkan saffron dengan menggunakan penapis teh ke atas nasi.
Letakkan telur yang telah dikelar dan kentang rebus. Taburkan tomato potong dadu, bawang goreng, cili hijau potong 1 inci, daun ketumbar dan daun mint yang dihiris. 
Letak pula lapisan kedua, iaitu ayam bersama sedikit kuahnya sehingga menutupi lapisan nasi.

Lapisan ketiga, letak nasi sehingga menutupi lapisan daging tadi. Sudukan susu dan titis pewarna kuning. 

Lapisan atas sekali ialah lapisan ayam. Tabur dengan bawang goreng, tomato, cili hijau dan daun ketumbar.

Masukkan periuk ke dalam rice cooker dan biarkan masak seketika. Boleh juga ditutup dengan aluminium foil dan dimasak menggunakan microvave atau dapur gas.


Keluarkan periuk dari rice cooker dan sendukkan nasi dan ayam ke dalam mangkuk lain dan digaul rata dengan perlahan lahan supaya nasi tidak patah. 

 Bolehlah dihidangkan dengan salad dan yoghurt. Taburkan daun ketumbar.
 Salad Lettuce
Tomato
Bawang besar
Timun – buang biji
Green bell pepper
Garam & gula
Minyak olive
Perahan lemon
Daun ketumbar
Potong dadu dan satukan kesemuanya. Sesuaikan rasa yang disukai.




Sos Yoghurt  
Yoghurt
Bawang besar – potong bulat
Daun ketumbar - hiris halus
Garam


Satukan kesemuanya dan gaul sehingga sebati.
                                                         



                                                                                                                  

Kalu korang rasa macam tak faham, korang leh g ke AZIE KITCHEN, kat situ  ada penerangan bergambar lagi. Bukan macam aku, maleh, gambar yang ada pun janji ada jer....