Thursday, 5 September 2013

Rendang Ayam

Photo




Hari ini teringin nak makan rendang..tapi kalu masak rendang daging lama pulak...tahap kemalasan mula menaik, jadi aku pun tukar dari daging ke ayam.

Kali ini aku dapat resepi dari SINI. Seperti biasa resepi yang kak Azie bagi memang tip top lah.

Tak payahlah layan citer bebanyak. Meh kita tengok resepinya;

Rendang Haji Mahmud Kuala Lipis
Sumber: Buku Masakan Air Tangan - Tengku Puan Pahang
Sumber : Azie Kitchen
Olahan : Kak Dah
Bahan bahan
1 kg daging (saya guna ayam sebab malas tunggu lelama)
2 serai - titik
30g asam jawa - bancuh dengan 1/4 cawan air panas ( saya guna 1 sudu besar pes asam jawa adabi)
2.5 cawan santan
2.5 cawan minyak masak
Garam dan gula

Hiris:
100g bawang merah/10 ulas
10g bawang putih/3 ulas

Kisar berasingan:
200g bawang merah/20 ulas
70g lada kering/80 biji/1 mangkuk cili kisar (boleh kurangkan, jika tak mahu pedas)
150g halia (cuma guna segenggam)
7g kunyit hidup /1 inci
10g lengkuas/2 ibu jari
15g buah keras/5 biji

Siat siat:
1 helai daun kunyit
2 helai daun limau purut

Cara cara:
Daging dipotong dadu sebesar 2 cm x 4 cm mengikut urat.
Panaskan minyak masak dan tumis bawang putih dan bawang merah hiris sehingga garing dan wangi.
Masukkan lada kering dan tumis sehingga naik bau dan pecah minyak.
Masukkan halia, bawang merah, lengkuas dan kunyit yang dikisar dan tumis sehingga naik bau. (Saya tak kisar secara berasingan kerana nak menjimatkan masa)
Masukkan daun kunyit, daun limau purut dan serai. 

Masukkan buah keras yang ditumbuk bersama garam dan gula secukup rasa. Kacau sehingga naik baunya.
Masukkan daging dan kacau sehingga sebati. Apabila daging keluar air dan nampak pejal, masukkan air asam jawa. (Saya rebus dulu daging menggunakan pressure cooker bagi menjimatkan masa).
Masukkan santan. Sentiasa kacau dan masak sehingga kering, lebih kurang 2 jam.
Boleh lah dihidangkan dengan nasi putih panas panas, lemang atau pulut kuning. 
Photo
Nampak macam berminyak kan? Saya  masak hingga kering dan guna santan yang banyak.

No comments:

Post a Comment