Wah...kali ini terlebih rajin!?
Fruit tart ko...?
Bese gaduh malaslah, tak rajin lah etc apa saja alasan untuk tak membuatnya....
Sebenarnya kesian kat anak...
citernya...
hari tu g kenduri umah jiran....
bdk2 makan tak puas (maklumlah makan umah orang)
nak lagi...
tak kan nak tapaw ...
nak tak nak, rajinkanlah diri untuk membuatnya
jadi, ini adalah salah satu projek cuti sekolah kali ini.
Tart shell di sapu coklat untuk mengelakkannya cepat lemau bila kita bubuh custard/fruit diatasnya. |
Ini buah yang aku guna. Kalu korang nak buh buah lelain pun boleh jer..tapi aku suka guna kombinasi kaler buah2 ini. |
Pandai2 la susun buah tu atas tat. |
Dah tengok gambarkan...
Meh kita check resepi lak...
fRUIT tART
Sumber : pelbagai dan diolah sendiri (aku pun tak pasti dapat mana)
Tart Shell
250g butter
125g gula halus
500g tepung gandum
1 biji telur
Esen Vanilla
Coklat masakan secukupnya
Cara :
1. Pukul butter dan gula hingga kembang
2. Masukkan telur dan esen vanilla, pukul sekejap lagi.
3. Masukkan tepung sikit demi sedikit hingga menjadi doh bulat dan tidak melekat.
4. Ambil doh sebesar duit 50sen lama tekan dalam acuam dan potong dengan pisau tajam di tepinya.
5. bakar dalam 20 mnt pada suhu 180C (depends dgn oven masing-masing)
Krim Kastad.
- Aku malas jadi guna saja instant custard. Boleh didapati di kedai2 yang membekalkan barangan kek.
Bila shell dah masak- sejukkan. cairkan coklat masakan secara double boil then sapu ke setiap satu shell yang ada. buat hingga habis.
Bila shell dah siap disapu coklat...
bolehlah kita paipkan kastad kedalamnya dan dihias dengan buah2an pilihan anda.
(untuk anak2 aku sebenarnya dorang lebih suka jika tanpa buah)
Nak try buat lah...senang je kan.. :)
ReplyDelete