Monday, 11 November 2013

Ayam Percik Panggang



 Huhu....#macam menarik jer  #macam sedap jer  #macam enak jer

Hari ini masak special sikit...resepi ini dapat dari fb...kat fb myresepi, kalu tak salah...
Dah lama gak la... lam sebulan lepas...
Niat hati  nak buat la konon satu hari nanti ........hampeh terperap jer la resepi tu...(dalam hati ingat..alah x hilangnyer resepi lam timeline fb tu)
Satu hari, kawan post kat whatsapp dia tgh wat ayam masak ni, dan say thanks kat aku sbb bg resepi...sedap katanya...thumbs up lagi..
Eh bila masa aku bg resepi? Resepi apa?....alah ayam panggang...
Huh....baru teringat...jenuh godek timeline fb cari resepi tu...harammmm x jumpa...last2 minta resepi kat kawan tu ....
Resepinya simple yet delicious. Pas ni dah x yah beli ayam percik kat pasar malam dah...:)

Sebelum aku membebel tah hapa2 meh kita salin resepinya..(salin ker cek kak? org skrg kopipes jer)

P/s: kepada pemilik resepi ini, Jazakallah KK diucapkan. Semoga allah membalas kebaikan anda memberi resepi ini. Maaf sesangat saya tak leh nama tulis nama anda....kerana saya sendiri dah kehilangan resepi asal. 

Ayam Percik Panggang
1 Ekor ayam
*lengkuas
*Halia
*Bawang putih & Bawang Merah
*Serai (tak buh sebab x ada)
Sos Cili (saya buh lam 4/5 sudu)
2 senduk cili giling ~ ikut la korang nak pedas mana
1/2 Kilo santan
2 Cawan gula (sy guna 4 sudu jer sebab cuma guna dua paha sahaja)
Serbuk perisa ayam (sy guna 2 ketul kiub ayam)
Garam secukup rasa

Cara memasak:
1. Ayam dibersih ~ ketepikan
2. Bahan bertanda * diblend halus. (byknya bahan - korang agak2 ler)
3. Campur suma bahan kecuali ayam...masak hingga mendidih....baru masuk ayam. Masak hingga ayam separuh masak


4. Bila ayam dah separuh masak...angkat dan masukkan kedalam oven..bakar ikut oven masing

Hahaha..part kena bakar lam oven tu aku skip...ini cara aku ;)

Hah...masukkan jer kedalam kuali ajaib....senangkan???




Wednesday, 6 November 2013

Choc moist cake

As salam......

Lama x masak.......memang seyes gila......lama x masak....
X mkn?  Family makan apa?
Hehehe....taim makan, mkn la.....family.....makan apa yg ada!!.!
Alah sebenarnya masak yang bodo2 jer.....jd x perlu lah kot sampai nak simpan lam blog....

X ni, kakdah wat choc moist cake. Dah byk x wat....dan memang menepati selera kakdah la.....selera korang mana kakdah nak tau...

Skrg suka wat lam bekas kecik2, senang nak makan....x yah potong2, x comot...tp kalu nak wat tuk besday ko, tunang ko, etc wat la saiz beso dan hiaslah yg sepatutnya.....jgn maleh2....

Let's check out the recipe......cewahhhh kak dah..

Choc Moist Cake

* 1 cwn serbuk koko
* 1 cwn gula perang/gula halus
* 1 cwn susu coklat dutch lady
* 1 cwn myk masak
* 1/2 cwn susu pekat manis

1 1/2 cwn tepung gandum
1 sk soda bikarbonat
1 sdk baking powder
3 biji telur b

Semua benda bertanda * dikacau bersama atas api slow till gula larut. X perlu sampai mendidih. Ketepikan.

Panaskan pengukus.

Tepung, soda bikarbonat dan baking powder diayak bersama. (saya guna self rising flour jer...senang).

Pukul telur hingga kembang, kemudian camourkan kedalam adunan * yag telah disejukkan tadi. Masukkan tepung sikit demi sikit, gaul rata.

Masukkan ke dalam bekas yg telah di lengser mentega....kukus lam 1 jam.

Topping.
3-5 sdb susu pekat
1/4 cawan serbuk koko
2 sdb butter
2 sdb susu segar

Semua bahan satukan....masak kaedah double boiler...hingga sebati dan agak pekat...curah atas kek tadi.

Yum...yum...yum.....#laridietden
(Sejukkan lam peti ais....lagi sedap)

Friday, 6 September 2013

Roti goreng

Selamat pagi semua....

Roti goreng sardin/sosej


Wah,Wah,Wah...apa mimpi kak dah bersiaran pepagi ni?!
Pagi ni mood kakdah baik, jadi kakdah masakkan untuk rakyat pagi ni roti goreng.
Alah roti goreng jer.? ingatkan mood baik dapatlah makan, makanan yang lazat dan special.
Eh!, hello....nasib baik kakdah nak juga masakkan breakfast, kalu kakdah layan novel jer, mau korang menangis kelaparan...nak macam tu?...Haa .jadi jangan banyak cakap.

Sebab kakdah buat light breakfast jer pagi ni ialah, kang tengahari nak pegi open house, pas tu nak g kenduri lak, pas tu nak g open house lagi dan malam kang nak g majlis ta'alim yang dihujungnya pasti ada makan2 lagi. So moralnya, pas breakfast ni dapur tutup untuk hari ini.

Meh kita che kit out (check it out) dia punya resepi. Alah sempoi jer. Seperti biasa myresepi menjadi rujukan. Resepi kali ini dapat dari otai Kak Besah. Bestnya resepi ini, memang tak serap minyak banyak, dan tepung yang ranggup. Maklum resepi dari orang yang berpengalaman.

Sumber : Myresepi
resepi : Kakbesah
Olahan : Kakdah

Roti Goreng Sardin kakbesah (xserap minyk)

Bahan-bahan ( 25 ketul )

  • SAMBAL SARDIN;
  • 20 tangkai cili kering - buang biji
  • 2 biji bawang besar- 1 diblend, 1 lg dipotong dadu
  • 5 ulas bawang putih & 2 cm halia muda
  • 1 tin sardin/tuna (425g)
  • 1 sudu teh pes asam jawa/2sd mkn air asamjawa
  • 1 bungkus besar/jumbo - roti potong
  • ADUNAN BATTER/CELOP;
  • 2 cwn (cwn kopi) tepung gandum
  • 1 cwn tepung beras
  • sebiji telur gred B (smua gred pn okeh)
  • 1 sudu teh garam & 1/2 sd teh srbuk kunyit utk warna
  • lebihkurang 1 2/3 cwn air 
  • minyak utk goreng terendam

Cara-cara

  1. blend cili, bwg putih & sebiji bawang besar. pastu panaskn 1 senduk minyak lalu ditumis hingga pecah minyak & garing.
  2. masukkan sos sardin tu, masak hingga likat. baru masukkan ikan sardin & bawang besar dadu. hancur2kan ikan hingga sebati bersama sambal. seimbangkan asam garamnya. bubuh sedikit gula. tambah kiub/ pati ikn bilis jika sambal sardin ada skit kureng dia punyer taste... 
  3.  msk hingga kering, kemudian angkat.
  4. campur sebati bhn2 utk batter bersama air hingga jadi sperti batter goreng pisang. jgn cair sangat..nnti kuih nmpk cenonit plak..
  5. panaskn minyak utk deep fry, pastu gelek roti bagi lembut. jgn la smpe pipih cm kertas yer..  
  6. letak sambal sardin atas roti, ikut suka lah nk boh banyak mana, kalo murahati boh banyak, kalo 'kede' boh skit.. xde sape nk argue, bak kate bdk2 skrang;"kite pnyer kuih kite pnyer ske la.. ade aku kesah?(ish,ish, sngguh kurang sopan..) sterusnyer gulunglah dgn kemas. tindih lah roti yg dh siap digulung tu dgn bnda ringan, jgn tndih ngn batu lesung..! hehe 
  7. then, celup roti dlm batter sampai rata, lalu masukkan dlm minyak pns. goreng hingga kuning keemasan. x perlu lama, bila batter dh garing & rangup, cukup.. 
  8. siap... bleh lah dibuat bekal ank2 ke skolah atau bekalan mengikuti rombongan cek Kiah ke Nilai3 utk cari baju Raye n kain langsir...hehe..

Kakdah wat dua versi untuk hari ini, ie sardin dan sosej. Sardin untuk abah, sosej untuk amat. Yang lagi dua orang korang pilihlah mana nak.

Sardin..untuk abah

Sosej untuk amat



Jemput makan semua....

Thursday, 5 September 2013

Rendang Ayam

Photo




Hari ini teringin nak makan rendang..tapi kalu masak rendang daging lama pulak...tahap kemalasan mula menaik, jadi aku pun tukar dari daging ke ayam.

Kali ini aku dapat resepi dari SINI. Seperti biasa resepi yang kak Azie bagi memang tip top lah.

Tak payahlah layan citer bebanyak. Meh kita tengok resepinya;

Rendang Haji Mahmud Kuala Lipis
Sumber: Buku Masakan Air Tangan - Tengku Puan Pahang
Sumber : Azie Kitchen
Olahan : Kak Dah
Bahan bahan
1 kg daging (saya guna ayam sebab malas tunggu lelama)
2 serai - titik
30g asam jawa - bancuh dengan 1/4 cawan air panas ( saya guna 1 sudu besar pes asam jawa adabi)
2.5 cawan santan
2.5 cawan minyak masak
Garam dan gula

Hiris:
100g bawang merah/10 ulas
10g bawang putih/3 ulas

Kisar berasingan:
200g bawang merah/20 ulas
70g lada kering/80 biji/1 mangkuk cili kisar (boleh kurangkan, jika tak mahu pedas)
150g halia (cuma guna segenggam)
7g kunyit hidup /1 inci
10g lengkuas/2 ibu jari
15g buah keras/5 biji

Siat siat:
1 helai daun kunyit
2 helai daun limau purut

Cara cara:
Daging dipotong dadu sebesar 2 cm x 4 cm mengikut urat.
Panaskan minyak masak dan tumis bawang putih dan bawang merah hiris sehingga garing dan wangi.
Masukkan lada kering dan tumis sehingga naik bau dan pecah minyak.
Masukkan halia, bawang merah, lengkuas dan kunyit yang dikisar dan tumis sehingga naik bau. (Saya tak kisar secara berasingan kerana nak menjimatkan masa)
Masukkan daun kunyit, daun limau purut dan serai. 

Masukkan buah keras yang ditumbuk bersama garam dan gula secukup rasa. Kacau sehingga naik baunya.
Masukkan daging dan kacau sehingga sebati. Apabila daging keluar air dan nampak pejal, masukkan air asam jawa. (Saya rebus dulu daging menggunakan pressure cooker bagi menjimatkan masa).
Masukkan santan. Sentiasa kacau dan masak sehingga kering, lebih kurang 2 jam.
Boleh lah dihidangkan dengan nasi putih panas panas, lemang atau pulut kuning. 
Photo
Nampak macam berminyak kan? Saya  masak hingga kering dan guna santan yang banyak.

Nasi Beriani Pakistan

Photo


Selama ini tak pernah pun masak nasi beriani bagai. Bese masak nasi tomato atau nasi ayam sahaja. Jadi sempena ramadhan lalu, saya pun mengogglelah, 3 hari 3 malam beb semata-mata nak mencari resepi nasi beriani yang sedap dan paling penting, tak renyah, tak banyak bahan yang mengarut hingga sukar nak mencari dan banyak feedback respond mengatakan mereka dah cuba dan ianya sedap.

Setelah gigih usaha meggoggle akhirnya saya sampai ke SINI. Kat sini resepi yang dibagi memang tip top dan puas hati...

Photo                          
Mari kita tengok resepi :

Nasi Beriani Pakistan
Sumber : Azie Kitchen
Olahan : Kak Dah.


Bahan bahan:
5 cawan beras basmathi (rendam & tos)
1 kg ayam, daging atau kambing (dg tulang, lagi sedap)
4 kuntum bunga lawang
2 inci kayu manis
8 buah pelaga
10 bunga cengkih
1 sb serbuk ketumbar
1 sb serbuk jintan manis
1 sb serbuk jintan putih
1 sk serbuk kunyit

3 bawang besar – potong dadu
5-6 buah tomato masak saiz besar – potong dadu (lagi banyak lagi sedap)
2 labu bawang putih – tumbuk
3 inci halia – tumbuk
1 ½ cawan yoghurt
2 bay leave
Minyak olive
4 biji telur – rebus, kupas & kelar
4 biji kentang kecil – kupas rebus  
½ cawan susu (optional)
Saffron & pewarna kuning


Hiasan
Bawang goreng
Daun ketumbar – hiris
4 biji cili hidup hijau - potong 1 inci 
Daun mint
Badam & kismis, jika suka


Penyediaan Ayam:
Perap ayam dengan garam, separuh dari bawang putih dan halia yang dikisar serta serbuk kunyit, serbuk ketumbar, serbuk jintan putih dan jintan manis selama 1 jam.
 Panaskan minyak, tumis rempah menumis, baki bawang putih dan halia kisar serta bawang besar sehingga naik bau. Saya masukkan juga daun pandan sebab suka wangian nya.

Masukkan ayam yang diperap dan kacau sehingga rata. Masukkan air sedikit sahaja jika menggunakan ayam tapi jika daging, air agak agak tenggelam daging supaya daging empuk. 

Satukan yoghurt dan buah tomato dan tuangkan ke dalam kuali, masak lagi sambil dikacau rata hingga naik minyak.  Jangan sampai terlalu kering. Biar berkuah sedikit. Akhir sekali masukkan bay leave, garam dan gula. Sesuaikan rasa.

Tutup kuali dengan penutup dan masak menggunakan api perlahan sebelum ditutup api.

 Penyediaan Nasi:
Basuh beras, rendam selama 20 minit dan ditos. Di dalam periuk berasingan, masukkan air, sedikit minyak, buah pelaga, cengkih, bay leave dan sedikit garam. Masak sehingga air mendidih.
 

Masukkan beras dan masak sehingga nasi hampir masak tetapi tidak 100% masak.

Tutup api dan tos lebihan air nasi di dalam bekas penapis sehingga kering.

Penyediaan Beriani:
Di dalam periuk lain, letak lapisan pertama iaitu nasi. Sudukan susu secara random ke atas nasi. Titiskan pewarna kuning atau  ayakkan saffron dengan menggunakan penapis teh ke atas nasi.
Letakkan telur yang telah dikelar dan kentang rebus. Taburkan tomato potong dadu, bawang goreng, cili hijau potong 1 inci, daun ketumbar dan daun mint yang dihiris. 
Letak pula lapisan kedua, iaitu ayam bersama sedikit kuahnya sehingga menutupi lapisan nasi.

Lapisan ketiga, letak nasi sehingga menutupi lapisan daging tadi. Sudukan susu dan titis pewarna kuning. 

Lapisan atas sekali ialah lapisan ayam. Tabur dengan bawang goreng, tomato, cili hijau dan daun ketumbar.

Masukkan periuk ke dalam rice cooker dan biarkan masak seketika. Boleh juga ditutup dengan aluminium foil dan dimasak menggunakan microvave atau dapur gas.


Keluarkan periuk dari rice cooker dan sendukkan nasi dan ayam ke dalam mangkuk lain dan digaul rata dengan perlahan lahan supaya nasi tidak patah. 

 Bolehlah dihidangkan dengan salad dan yoghurt. Taburkan daun ketumbar.
 Salad Lettuce
Tomato
Bawang besar
Timun – buang biji
Green bell pepper
Garam & gula
Minyak olive
Perahan lemon
Daun ketumbar
Potong dadu dan satukan kesemuanya. Sesuaikan rasa yang disukai.




Sos Yoghurt  
Yoghurt
Bawang besar – potong bulat
Daun ketumbar - hiris halus
Garam


Satukan kesemuanya dan gaul sehingga sebati.
                                                         



                                                                                                                  

Kalu korang rasa macam tak faham, korang leh g ke AZIE KITCHEN, kat situ  ada penerangan bergambar lagi. Bukan macam aku, maleh, gambar yang ada pun janji ada jer....

Monday, 15 July 2013

Nasi Ayam Sedap


 Photo

Salam...

Ini menu berbuka pada 4 ramadhan lalu..
Oleh kerana aku penat membuat kerepek bawang...
Jadi suruh along yang membuatnya...of kos dengan arahan aku..kalu harapkan dia resepi depan mata pun tak jadi lagi..
Kalu tak disuruh buat,  haram nak jejak kaki ke dapur, anak dara sorang ni...risau jer...aku lu baya dia macam-macam dah boleh masak...

Kali ini bila di suruh tak banyak bunyi lak...
mungkin tengok muka mak yang dah layu, kuyu semacam..
(ada baiknya gak ya...tapi ya Allah, hari ini memang penat banget.. tu pun sib baik si angah yg tolong siapkan)

Menu ini aku dapat dari Azie kitchen. Kat blog dia ni ada macam-macam koleksi nasi ayam.


NASI AYAM PALING SEDAP
sumber : Azie kitchen.

Lauk Ayam .
1 ekor ayam bulat  diperap bersama halia + Bawang Merah + Bawang putih yang telah diblend. Perap selama  >< 1/2 jam. (tapi aku perap berjam gak la, wat pagi , petang baru masak)

Sos Perap
3 sdb Sos Tiram
3 sdb kicap cair
5 Sdb kicap manis
3 sdb Madu
Kicap bijan - aku tak guna

Cara : Didih air dalam periuk dan masukkan ayam tadi, perlahankan api, masak hingga ayam separuh masak. Angkat dan sapu dengan bahan sos perap. Gantung >< 1jam hingga kering lah. Kemudian goreng secara deep fry. Setelah masak, keluarkan dan gantung lagi untuk tos minyak.  (Nak cepat ayam tu belah dua)

Nasi Ayam.
Mentega, lemak ayam, minyak masak
Bawang Putih, Bawang merah, halia - dihiris/blend
Daun pandan, daun bay 
Susu full cream (aku tak guna), serbuk ayam (x guna)
gula dan garam secukup rasa
4 sekawan.
Cara : Basuh beras macam biasa an letak dalam rice cooker. 
Dalam kuali, masukkan mentega ( aku campur sedikit myk masak) tumis 4 sekawan bersama bawang-halia hiris dan masukkan sekali lemak ayam tadi. Masukkan juga daun pandan dan daun bay. Tumis hingga naik bau. Setelah naik bau masukkan air rebusan ayam awal tadi, garam secukup rasa (kalau guna susu masukkan sekarang) biar mendidih tutup api dan tuang kedalam rice cooker yang mengandungi beras dah basuh tadi. masak macam biasa. Kalau air stok tak cukup, boleh tambah dengan air biasa.
Ini lah rupa ayam yang sudah diperap bersama sos perap. Dan seriously, ayam ni memang sedap.

 

Oleh sbb sedap sgt, jadi tak sempat nak snap gambar full set nasi ayam ni.(lagipun masak sikit jer, ingat dorang tak mo makan nasi ayam). Yang ada seperti gmbar diatas jer lah.
Oh lupa rasanya resepi asal dia tak bagi respi sos kicap, sup dan sambalnya, jadi aku wat seperti berikut:

Sos kicap : Baki bahan perapan ayam tadi ditambah dengan stok rebusan ayam, masak hingga mendidih dan agak pekat.

Cili sos : Blend cili hidup bersama 2/3 biji cili api, dan bawang putih. Campur ><3 sdb sos cili, 1 cmb gula, garam secukup rasa, dan stok rebusan ayam. Didihkan dengan api perlahan hingg menjadi sedikit likat.

Sup : Baki stok ayam tadi didihkan kembali, campur seketul kiub pati ayam. Bila dah didih, tutup api dan taburkan dengan bwg goreng dan daun sup/bawang.
 

Wednesday, 12 June 2013

FRUIT TART

Bismillah....


Wah...kali ini terlebih rajin!?
Fruit tart ko...?
Bese gaduh malaslah, tak rajin lah etc apa saja alasan untuk tak membuatnya....

Sebenarnya kesian kat anak...
citernya...
hari tu g kenduri umah jiran....
bdk2 makan tak puas (maklumlah makan umah orang)
nak lagi...
tak kan nak tapaw ...

nak tak nak, rajinkanlah diri untuk membuatnya
jadi, ini adalah salah satu projek cuti sekolah kali ini.

Tart shell di sapu coklat untuk mengelakkannya cepat lemau bila kita bubuh custard/fruit diatasnya.

 

Ini buah yang aku guna. Kalu korang nak buh buah lelain pun boleh jer..tapi aku suka guna kombinasi kaler buah2 ini.


Pandai2 la susun buah tu atas tat.


Dah tengok gambarkan...
Meh kita check resepi lak...

fRUIT tART
Sumber : pelbagai dan diolah sendiri (aku pun tak pasti dapat mana)

Tart Shell
250g butter
125g gula halus
500g tepung gandum
1 biji telur
Esen Vanilla
Coklat masakan secukupnya

Cara :
1. Pukul butter dan gula hingga kembang
2. Masukkan telur dan esen vanilla, pukul sekejap lagi.
3. Masukkan tepung sikit demi sedikit hingga menjadi doh bulat dan tidak melekat.
4. Ambil doh sebesar duit 50sen lama tekan dalam acuam dan potong dengan pisau tajam di tepinya.
5. bakar dalam 20 mnt pada suhu 180C (depends dgn oven masing-masing)

Krim Kastad.
- Aku malas jadi guna saja instant custard. Boleh didapati di kedai2 yang membekalkan barangan kek.

Bila shell dah masak- sejukkan. cairkan coklat masakan secara double boil then sapu ke setiap satu shell yang ada. buat hingga habis.
Bila shell dah siap disapu coklat...
bolehlah kita paipkan kastad kedalamnya dan dihias dengan buah2an pilihan anda.
(untuk anak2 aku sebenarnya dorang lebih suka jika tanpa buah)