N3 kali sambungan n3 kole kacang...
Kali ini pasal karipap lak....
Dugaan betul lah nak datang kelas kali ini...
1st - balik pasar
Anak : "mak, orang depan jemput kenduri kekah cucu dia kul 5 petang".
Aku : "OK, jadi meh cepat tolong mak prepare bahan siapkan kuih nak bawa malam ni".
Pukul 4.30 petang, siap semuanya, Alhamdulillah..
2nd - 5pm - kenduri kekah.
sms jiran sebelah cakap kalu nak keluar bg tau, pergi sekali.
Dia call "rafidah, kita g kul 6 la, sekarang nampaknya kaum lelaki dari jemaah asar disurau dan masjid tadi ja"
Aku "ok". (takkan nak kata ko lak kan...)
3rd - otw ke BaAlawi..
Keluar umah kul 7. Sebelum tu hujan lebat membasahi bumi yang telah gersang beberapa hari. ayat tak hengat.
Depan petronas tak bergerak selama setengah jam, dan tgk jalan menghala ke ulu kelang pun tak bergerak, ahhhh sudah....ni mesti ada accident. Sudah nya pusing masuk kl, patah balik ke jelatek, singgah di masjid setiawangsa tuk solat maghrib dan akhirnya sampai ke BaAlawi pukul 9 mlm.
Hari ini dalam sejarah, aku sampai BaAlawi lambat - 2 jam lak tu. besa 15-20 minit dah sampai..
Apa-pun itu kisah yang dah berlaku.
Sekarang mari kita tengok resepi karipap pulak.
resepi ni aku amik dari blog Ha-sue . Memang sedap dan rangup walaupun dah sejuk. (karipap yang sedap biasanya bergantung pada kulitnya). oleh kerana maleh nak menaip jadi aku kopipes jer la, tau korang leh ke blog Ha-sue.
Karipap Ros Sedap
By:HaSue@sue-hasue.blogspot.com
Untuk Pastry Rapuh
Bahan :
400 gram tepung gandum
1/2 cawan minyak
2 sudu besar marjerin
1/2 cawan air sejuk ( letak kiub ais)
garam
Untuk Inti Keledek* guna kentang
Bahan :
1 biji keledek saiz besar ( boleh dinganti dengan kentang)
* 5 - 6 biji sederhana kentang
1/2 gengam ikan bilis ( boleh ganti dengan daging atau isi ayam)
2 sudu besar udang kering
2 sudu besar serbuk kari *3 sudu besar
1 sudu besa cili kisar *omit
garam
Cara :
Buat Doh Pastri dulu
1.
Campurkan sedikit garam dalam air sejuk, masukkan marjerin di dalam
tepung gandum dan sebatikan, kiranya akan jadi seperti berketul-ketul
halus, macam serbuk roti, panaskan minyak dan curah di dalam tepung
tadi, dengan menggunakan sudu, kacau ke seluruh adunan.
2.
Selepas itu curahkan air sejuk tadi dan uli hingga menjadi doh, air
jangan masuk semua, kira agak-agaklah kelembutan doh tu, setelah menjadi
doh dan doh pemukaan doh agak licin, masukkan doh ke dalam plastik
bersih dan perap di dalam peti ais lebih kurang 1 hingga 2 jam, langkah
ini penting bagi mendapatkan doh yang rangup dan senang untuk di canai
nanti. *izah tak masukkan dlm peti es, cume biarkan doh yang sudah licin
diuli sebati lebih kurang 1/2 jam. Sementara itu boleh buat inti
karipap.
Buat Inti Karipap
1.
Potong dadu keledek dan rendam dalam air, blender udang kering dan ikan
bilis hingga hancur, ketepikan. Panaskan minyak dan tumis bahan2 kisar,
cili kisar, dan pes serbuk kari hingga garing.
2.
Kemudian masukkan bahan yang di blender tadi dan kacau sebati, akhir
sekali masukkan keledek dan 1 cawan air, kacau selalu dan biarkan
keledek empuk, sesuaikan rasa, masukkan garam, setelah masak dah inti
agak kering, tutup api dan sejukkan.
 |
Sekilo tepung dapat dalam 100 biji medium size. |
Proses Mengelim
1.
Keluarkan doh dari peti ais, dan bahagikan
doh pada bahagian kecil,
ikut lah nak buat karipap bentuk ape, bulat ke, love ke, bentuk biasa
ke, kemudian terap doh bentuk bulat dengan menggunnkan tapak tangan dan
isikan inti keledek tadi, kelim seperti biasa, kalau nak guna acuan pun
boleh. Ulang langkah tadi hingga doh habis. Panaskan minyak, pastikan
minyak betul-betul panas dan tidak menggunakan api yang terlalu besar,
goreng hingga keperangan. Angkat dan sedia untuk dihidangkan. Selamat
Mencuba.
 |
Sedia utnuk di bawa. |
Alhamdulillah...sempat siap dan amat berpuas hati dengan resepi ini. Tang bab pastri tu sama macam belajar wat sardine roll masa sekolah lu, rasanya aku akan wat lagi pastri ni...tapi tengok la mood macam mana...
Aku buat sekilo tepung dan guna acuan medium sz, come jer karipap ku itew...dapatla dalam 100 biji. Dah alhamdulillah karipap dan kole kacang ku habis. mungkin sebab kesedapannya atau sebab lapar kerana hujan sebelumnya.
Terima kasih kepada pencipta resepi dan penyebar2nya di blog. Ilmu yang bermanfaat bekalan akhirat kita. Semoga barakah majlis ilmu itu juga sampai kepada kalian. Amin.