Thursday, 23 May 2013

KUIH KOLE KACANG

Setelah sebulan bercuti...
Minggu ini ada kelas pengajian di BaAlawi..

Sabtu bersama - Mawlana Sh Sayyid Afeefudin Al Jalani (NOTIONS THAT MUST BE CORRECTED)

Ahad bersama - Al Fadhil Ust Fahmi Zam Zam
(KITAB HIKAM ATHA'ILLAH AS SAKANDARI) 

Oleh kerana sabtu tu bertembung dengan majlis lain, jd aku tak pergi, cuma abu Dar'da sahaja yang pergi.
Dan aku cuma hadir pada hari ahadnya...
Sungguh hari ini dalam sejarah...
Dari pagi semangat nak pergi, sebab semalam tak pergi...dalam fikiran dah ada menu buah tangan yang nak dibawa pergi...

Awal2 pagi lagi dah prepare bahan.....kali ini aku nak wat kuih kole kacang...memang peberet tapi bila buat aku aku sorang jer makan...leceh...

Si abby lak nak karipap...ok ..kita akan buat kedua-duanya...
(semangatttttttttttttttt tu)

Resepi koleh kacang ni aku amik dari Myresepi...mana lagi lubuk resepi...disini lah selalu aku cari resepi2 yang sedap dan simple.
Kali ini aku guna resepi dari  che'iza. Memang senang dan simple resepi ini.      

Kole kacang (aku buat double adunan ini nak dapat 1 talam spt dibawah)
sumber : Myresepi - Che'iza

Bahan-bahan ( 7-8 orang )

  • ** 1 cwn santan pekat
  • * 1 cawan gula merah
  • * 2 sb gula pasir
  • * 1 cwn air
  • * beberapa helai daun pandan disimpul
  • 2 cwn santan
  • 1 cwn tepung kacang hijau
  • secubit garam

 

Cara-cara 

  1. Masak bahan ** sehingga menjadi tahi minyak. Apabila siap, ambil tahi minyak yg terhasil dan biarkan lebihan minyaknya dlm kuali.
  2. Masak bahan bertanda* sehingga gula larut sejukkan dan ketepikan dulu.
  3. Masukkan tepung kacang hijau, santan, garam dan air gula merah dlm satu bekas kacau hingga sebati.
  4. Masukkan adunan tadi dlm kuali yg berisi lebihan minyak kelapa tadi.Selalu di kacau agar tak bergentel nanti. Masak hingga pekat, tuang adunan dlm bekas atau loyang.
  5. Bila adunan sejuk bolehlah dipotong, terlebih dulu taburkan dgn tahi minyak... Siap... 

 kole kacang ku yang pertama....

Ada tokoh tak kalu nak buat jualan?
Yang paling 'best' bila sampai BaAlawi...
mil terkam tgk kuih apa aku bawa, langsung potong dan rasa..
"hmmmmm sedap..mak suka"
Alhamdulillah..kembang perut dengan mil puji...hehehe  
Dan untuk karipap pulak kita wat kat n3 lain la...   

No comments:

Post a Comment