Thursday, 23 May 2013

KARIPAP RANGUP ROS


N3 kali sambungan n3 kole kacang...
Kali ini pasal karipap lak....

Dugaan betul lah nak datang kelas kali ini...
1st  - balik pasar
Anak : "mak, orang depan jemput kenduri kekah cucu dia kul 5 petang".
Aku : "OK, jadi meh cepat tolong mak prepare bahan siapkan kuih nak bawa malam ni". 

Pukul 4.30 petang, siap semuanya, Alhamdulillah..

2nd -  5pm - kenduri kekah.
sms jiran sebelah cakap kalu nak keluar bg tau, pergi sekali.
Dia call "rafidah, kita g kul 6 la, sekarang nampaknya kaum lelaki dari jemaah asar disurau dan masjid tadi ja"
Aku "ok". (takkan nak kata ko lak kan...) 

3rd - otw ke BaAlawi..
Keluar umah kul 7. Sebelum tu hujan lebat membasahi bumi yang telah gersang beberapa hari. ayat tak hengat.


Depan petronas tak bergerak selama setengah jam, dan tgk jalan menghala ke ulu kelang pun tak bergerak, ahhhh sudah....ni mesti ada accident. Sudah nya pusing masuk kl, patah balik ke jelatek, singgah di masjid setiawangsa tuk solat maghrib dan akhirnya sampai ke BaAlawi pukul 9 mlm.
Hari ini dalam sejarah, aku sampai BaAlawi lambat - 2 jam lak tu. besa 15-20 minit dah sampai..

Apa-pun itu kisah yang dah berlaku.
Sekarang mari kita tengok resepi karipap pulak.
resepi ni aku amik dari blog Ha-sue . Memang sedap dan rangup walaupun dah sejuk. (karipap yang sedap biasanya bergantung pada kulitnya). oleh kerana maleh nak menaip jadi aku kopipes jer la, tau korang leh ke blog Ha-sue.



Karipap Ros Sedap
Resepi  : Ros Jintanmanis
Sumber : Izahdaut dan Mashitah
 By:HaSue@sue-hasue.blogspot.com
Untuk Pastry Rapuh
Bahan :
400 gram tepung gandum
1/2 cawan minyak
2 sudu besar marjerin
1/2 cawan air sejuk ( letak kiub ais)
garam
Untuk Inti Keledek* guna kentang
Bahan :
1 biji keledek saiz besar ( boleh dinganti dengan kentang)
* 5 - 6 biji sederhana kentang
1/2 gengam ikan bilis ( boleh ganti dengan daging atau isi ayam)
2 sudu besar udang kering
2 sudu besar serbuk kari *3 sudu besar
1 sudu besa cili kisar *omit
garam
Cara :
Buat Doh Pastri dulu
1. Campurkan sedikit garam dalam air sejuk, masukkan marjerin di dalam tepung gandum dan sebatikan, kiranya akan jadi seperti berketul-ketul halus, macam serbuk roti, panaskan minyak dan curah di dalam tepung tadi, dengan menggunakan sudu, kacau ke seluruh adunan.
2. Selepas itu curahkan air sejuk tadi dan uli hingga menjadi doh, air jangan masuk semua, kira agak-agaklah kelembutan doh tu, setelah menjadi doh dan doh pemukaan doh agak licin,  masukkan doh ke dalam plastik bersih dan perap di dalam peti ais lebih kurang 1 hingga 2 jam, langkah ini penting bagi mendapatkan doh yang rangup dan senang untuk di canai nanti. *izah tak masukkan dlm peti es, cume biarkan doh yang sudah licin diuli sebati lebih kurang 1/2 jam. Sementara itu boleh buat inti karipap.
 
Buat Inti Karipap
1. Potong dadu keledek dan rendam dalam air, blender udang kering dan ikan bilis hingga hancur, ketepikan. Panaskan minyak dan tumis bahan2 kisar, cili kisar, dan pes serbuk kari hingga garing.
2. Kemudian masukkan bahan yang di blender tadi dan kacau sebati, akhir sekali masukkan keledek dan 1 cawan air, kacau selalu dan biarkan keledek empuk, sesuaikan rasa, masukkan garam, setelah masak dah inti agak kering, tutup api dan sejukkan.
Sekilo tepung dapat dalam 100 biji medium size.

Proses Mengelim
1. Keluarkan doh dari peti ais, dan bahagikan
doh pada bahagian kecil, ikut lah nak buat karipap bentuk ape, bulat ke, love ke, bentuk biasa ke, kemudian terap doh bentuk bulat dengan menggunnkan tapak tangan dan isikan inti keledek tadi, kelim seperti biasa, kalau nak guna acuan pun boleh. Ulang langkah tadi hingga doh habis. Panaskan minyak, pastikan minyak betul-betul panas dan tidak menggunakan api yang terlalu besar, goreng hingga keperangan. Angkat dan sedia untuk dihidangkan. Selamat Mencuba.
Sedia utnuk di bawa.

Alhamdulillah...sempat siap dan amat berpuas hati dengan resepi ini. Tang bab pastri tu sama macam belajar wat sardine roll masa sekolah lu, rasanya aku akan wat lagi  pastri ni...tapi tengok la mood macam mana...

Aku buat sekilo tepung dan guna acuan medium sz, come jer karipap ku itew...dapatla dalam 100 biji. Dah alhamdulillah karipap dan kole kacang ku habis. mungkin sebab kesedapannya atau sebab lapar kerana hujan sebelumnya.

Terima kasih kepada pencipta resepi dan penyebar2nya di blog. Ilmu yang bermanfaat bekalan akhirat kita. Semoga barakah majlis ilmu itu juga sampai kepada kalian. Amin. 

KUIH KOLE KACANG

Setelah sebulan bercuti...
Minggu ini ada kelas pengajian di BaAlawi..

Sabtu bersama - Mawlana Sh Sayyid Afeefudin Al Jalani (NOTIONS THAT MUST BE CORRECTED)

Ahad bersama - Al Fadhil Ust Fahmi Zam Zam
(KITAB HIKAM ATHA'ILLAH AS SAKANDARI) 

Oleh kerana sabtu tu bertembung dengan majlis lain, jd aku tak pergi, cuma abu Dar'da sahaja yang pergi.
Dan aku cuma hadir pada hari ahadnya...
Sungguh hari ini dalam sejarah...
Dari pagi semangat nak pergi, sebab semalam tak pergi...dalam fikiran dah ada menu buah tangan yang nak dibawa pergi...

Awal2 pagi lagi dah prepare bahan.....kali ini aku nak wat kuih kole kacang...memang peberet tapi bila buat aku aku sorang jer makan...leceh...

Si abby lak nak karipap...ok ..kita akan buat kedua-duanya...
(semangatttttttttttttttt tu)

Resepi koleh kacang ni aku amik dari Myresepi...mana lagi lubuk resepi...disini lah selalu aku cari resepi2 yang sedap dan simple.
Kali ini aku guna resepi dari  che'iza. Memang senang dan simple resepi ini.      

Kole kacang (aku buat double adunan ini nak dapat 1 talam spt dibawah)
sumber : Myresepi - Che'iza

Bahan-bahan ( 7-8 orang )

  • ** 1 cwn santan pekat
  • * 1 cawan gula merah
  • * 2 sb gula pasir
  • * 1 cwn air
  • * beberapa helai daun pandan disimpul
  • 2 cwn santan
  • 1 cwn tepung kacang hijau
  • secubit garam

 

Cara-cara 

  1. Masak bahan ** sehingga menjadi tahi minyak. Apabila siap, ambil tahi minyak yg terhasil dan biarkan lebihan minyaknya dlm kuali.
  2. Masak bahan bertanda* sehingga gula larut sejukkan dan ketepikan dulu.
  3. Masukkan tepung kacang hijau, santan, garam dan air gula merah dlm satu bekas kacau hingga sebati.
  4. Masukkan adunan tadi dlm kuali yg berisi lebihan minyak kelapa tadi.Selalu di kacau agar tak bergentel nanti. Masak hingga pekat, tuang adunan dlm bekas atau loyang.
  5. Bila adunan sejuk bolehlah dipotong, terlebih dulu taburkan dgn tahi minyak... Siap... 

 kole kacang ku yang pertama....

Ada tokoh tak kalu nak buat jualan?
Yang paling 'best' bila sampai BaAlawi...
mil terkam tgk kuih apa aku bawa, langsung potong dan rasa..
"hmmmmm sedap..mak suka"
Alhamdulillah..kembang perut dengan mil puji...hehehe  
Dan untuk karipap pulak kita wat kat n3 lain la...   

Friday, 17 May 2013

QUICHE AYAM DAN CENDAWAN

 


Abby : "Mak, tau tak nak masak benda ni...namanya.... macam    mana nak sebut ye... ala...ala...ada bunyi.... kish kish, something like that la"

Me : "Apa tu?"

Abby : "makanan la, ada rasa ayam dan cendawan"

Me : "pie ker?"

Abby :" tak bukan..."

Me : " habis tu apa"

Abby : " tah apa nama dia......, dia ada kerak, macam mana nak citer yek"

Me : " quiche ker "

Abby : "apa tu ? agaknya la..kot"

Me : "hah dah kebetulan ko dok depan komputer tu, ko tanya mr G, taip 'quiche'.."

5 minit kemudian............

Abby : "hah benda nie lah.....ooooo itu ke nama nya. Nanti mak buat ye...."

and the rest is history...



Resepinya  ini aku dapat dari sini . Memang terbaiklah dan terima kasih kepada empunya resepi.



QUICHE AYAM CENDAWAN
Dari :Koleksi Pastry Roti (4) Chef Nirmala
Sumber : Salina Abkamal

Bahan2 Kulit Pastry :
100 gm kentang - russet 
240 gm tepung gandum
125 gm mentega
1/2 biji telur
1 sudu teh rosemary
2-3 sudu besar air sejuk - saya x letak

Bahan2 Inti :
300 gm isi ayam
200 gm cendawan butang
6 biji telur - saya letak 4 biji gred A
300 ml krim - saya letak 100 ml krim + 200 ml susu cair
2 sudu besar herba campur - saya letak 1 sb
sedikit garam
sedikit lada hitam
50 gm keju parmesan

Cara2 :
1. Rebus kentang dengan sedikit garam hingga lembut. Hancurkan dengan garfu .
2. Gaulkan mentega dan tepung hingga sebati, campurkan dengan kentang, telur, rosemary dan air sejuk (jika perlu) . Saya tak masuk air, jadi telur saya masuk sikit2 sambil gaul adunan pastry.
3. Tambah sedikit tepung kalau adunan melekit. Uli sampai sebati dan lembut. 
4. Canaikan pastry dan letakkan ke dalam acuan saiz 9 inci, sejukkan selama 1 jam.
5. Ayam dan cendawan dipotong kecil2. Goreng dengan 1 sudu besar mentega sampai masak. Sejukkan .
6. Campurkan krim, telur, lada hitam dan garam serta herba campuran.
7. Taburkan ayam dan cendawan di atas kulit pastri yang sejuk.
8. Tuangkan adunan krim, taburkan cheese.
9. Bakar selama 45 minit pada suhu 170C sehingga keperangan.....SELAMAT MENCUBA!!!!!!



BUBUR BARLI DAN JAGUNG

 
 
Hari ini si Amat demam lak pulak......inna lillah....
Tak ada lah teruk sangat pun.....selsema aje dan campur malas nak ke sekolah
So....dengan penuh drama dia cakap dia demam dan sakit.....
"TAK MO G SEKOLAH...NAK BEREHAT"....

Cuaca hari ini pulak gelap dan mendung semacam....
macam turut bersedih.....
Warghhhh malehnya nak g sekolah......
Tepat kul 10 am.....hujan turun dengan lebatnya hingga kul 12 noon
Hujan lebat selama dua jam....hmmm....memang sah akan ada kedengaran banjir kilat di KL....

Apa aku nak masak tuk budak demam ni.?.....
Dia ni kalu demam mesti tak lalu makan bagai......
Ahaaaah  kalu ikut sunnah.....bubur barli bagus untuk orang demam...
Apa-apa pun yakin Allah maha peyembuh...

Jadi terlanjur balik sekolah tadi, lunch dengan kawan lepak di Aeon Ampang, jadi teruslah aku beli bahan2 nak buat bubur ni...

Bahan - bahannya :

1/2 cwn barli
1 tin jagung (whole kernel) - aku guna 'ayam brand'
1 kotak santan 200ml
5 sudu makan sagu biji - basuh dan rendam sekejap
Gula/garam secukup rasa
2 helai pandan - di simpul
1 liter air

Cara :

  1. Rebus barli bersama air dan daun pandan hingga kembang.
  2. Masukkan gula, kacau hingga gula larut
  3. Masukkan sagu dan jagung tin yang telah dibuang air. Biarkan sekejap hingga mendidih.
  4. Masukkan santan dan garam. kacau hingga segalanya sebati dan elok pekat masaknya.


Sebab nak cepat, dan malas dan byk urusan aku masak di dalam rice cooker. Baru aku tau kalau nak barli cepat kembang lain kali masak jer dalam rice cooker...
Dapatlah sedekahkan semangkuk kepada mak mertua untuk dia berbuka puasa nanti.





Friday, 10 May 2013

Roti Jala Dan Kari Ayam

Bismillah.......

"Mak.....ada request.....sok wat roti jala dan kari ayam lagi, kawan-kawan cakap sedap....tapi nak macam kari ayam ari tu tau....tak mo kari ikan".....angah

Tuuuuuuuu dia hang.......request kemain lagi....

"errr macam mana aku masak kari ari tu"..
"manalah orang tau.....orang pun makan sikit jer....yang lain semua kawan2 sebat"....
"Lupalah macam mana nak wat, apa yang aku buh lam lu selain ayam?"...blur........
"Alah buat jerlah yang macam bese mak masak".....

SO..........inilah masalah nya bila masak suka mencuba cuba dan tiada catatan mengenainya...kalau ada pun bese aku derhaka jer kat resepi tu
hmmm tengoklah nanti jumaat baru buat.....



oh tergendala rupanya resepi ku ini...he he he he tak perasan lak..
Ok marilah kita check resepi ku yang tak seberapa ini (sebab ramai lagi pakar kari diluar sana)
Ini sebenarnya resepi malas .....agak-agak macam mana yer resepi rajin..:)

Bahan-bahannya : Sukatan korang agak-agaklah yer..

Bawang merah - dimayang
Bawang putih - dimayang
Halia - dimayang
4 Sekawan 
Rempah kari - aku suka campuran dua jenama rempah
(tak kisah apa jenama : eg babas + adabi)
Santan - aku guna kotak 'harmuni'
Kentang - jika suka
Ayam - secukupnya
Air kosong
Sos tomato
gula/garam
kiub ikan bilis - guna separuh jer

CARA-CARAnya
Tumis bahan yang dimayang hingga layu.
Masukkan 4 sekawan, tumis lagi hingga bawang garing.
masukkan rempah kari bersama air...guna api slow
masak hingga rempah benar-benar masak (kering dan garing)
masukkan ayam, gaul rata dan tunggu hingga ayam kecut.
Bila ayam dah kecut bolehlah tambah air secukupnya bersama kentang.
Agak-agak kentang nak empuk masukkan santan, garam, sos tomato dan kiub ikan bilis
masak hingga sempurna.